SENI berpantun itu memerlukan si
pemantun mempunyai daya kreativiti untuk mencipta pantun untuk dijual kepada
lawannya. Pada masa yang sama dia juga
perlu menjadi penganalisis yang cekap untuk
menterjemah maksud pantun yang dijual kepadanya. Kemudian dia akan mencipta pantun baru untuk
membalas kepada si penjual. Bakat
memainkan peranan utama. Keduanya ialah
ilmu berpantun.
Ayuh
kita sama-sama menyelami ilmu berpantun secara ringkas:-
Pantun
boleh diucapkan dengan berbagai tema seperti keagamaan, kebudayaan, percintaan,
patriotik, jenaka, budi bahasa, budaya membaca,dll. Pemantun mesti tahu tema apa yang mahu dibina
pantun itu kerana ia berkait rapat dengan pemilihan kosa kata dan permainan
bahasa di dalam pantunnya.
Justeru,
bahagian mana yang mahu diteliti oleh pendengar / audiens / juri apabila
seseorang itu berpantun?
Pertama, yang dinilai ialah isi pantun. Isi pantun
ialah maksud pantun tersebut. Jika pantun 4 baris, maksudnya terletak di baris
ke-3 dan ke-4.
Cuba
perhatikan maksud pantun berikut:-
Nasi lemak
buah bidara,
Sayang
selasih hamba lurutkan;
Buang emak
buang saudara,
Kerana
kasih hamba turutkan.
Sebagai
pendengar / audiens / juri bagaimana pantun itu diklaskan setelah meneliti
ayat-ayat di baris maksud? Pemilihan
kalimatnya bagus? Ia berkaitan dengan temanya?
Bahasanya indah? Sedap didengar
dan berasa terkesan di hati? Jika daripada 10 markah, berapakah nilai bagi
baris maksud pantun tersebut?
Nah,
keduanya; isi pantun itu dinilai dari segi
pemilihan kata / bait / frasa serta nilai murni yang tersirat.
Pemantun
yang bijak akan memilih kata-kata / kalimat yang istimewa sehingga apabila disusun di
dalam baris-baris pantun, kelihatan padat dan jitu.
Sebagai
contoh cuba buat penilaian terhadap pemilihan kata-kata dan nilai murni dalam
pantun berikut:-
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk
tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk
tidak berguna lagi.
Penilaian seterusnya
ialah aspek bahasa. Tidak begitu susah menilainya. Rujuk pantun
di atas untuk perbahasan aspek ini.
Mula
dilihat, rima tengah dan rima hujungnya. Dengarkan sebutan / bunyi pada
rima-rima yang dihitamkan itu. Apabila
dilafazkan, ia melahirkan rima yang enak.
Manakala
penilaian keempat ialah suku kata setiap baris pantun tersebut. Bilangan suku kata setiap baris pantun
mestilah di antara 8 suku kata sehingga 12 suku kata sahaja.
Mari kita
lihat... (setiap satu suku kata di tandai dengan / ).
Bu/ah
lang/sat ku/ning men/ce/lah, 9 suku kata
Sen/du/duk
ti/dak ber/bu/nga la/gi; 10 suku
kata
Su/dah
da/pat ga/ding ber/tu/ah, 9 suku kata
Tan/duk
ti/dak ber/gu/na la/gi. 9 suku kata
Bermakna
bilangan suku kata dalam pentun di atas adalah terkawal. Yakni, dari 9 – 10
suku kata sahaja.
Perkara yang
dilihat seterusnya ialah keindahan bahasa.
Di sini kita melihat pertautan / hubungan di antara baris 1 dan 2. Kedua-duanya mesti berkaitan dan ada cerita. Juga dilihat kerasian di antara baris
pembayang ( baris 1 dan 2 ) dengan baris maksud ( baris 3 dan 4 ).
Lihat
perhubungan-perhubungan tersebut di dalam pantun berikut:-
Halia ini
tanam- tanaman,
Ke
barat juga akan condongnya;
Dunia ini
pinjam-pinjaman,
Akhirat
juga akan sungguhnya.
Walaupun
baris 1 dan 2 itu pembayang, di dalamnya sudah ada cerita dan kedua-duanya
bertaut. Yakni, halia yang ditanam itu akhirnya akan mati juga. Nah, itu
memberi gambaran kepada maksud yang hendak disampaikan oleh pemantun di baris
maksud. Iaitu, manusia yang hidup di muka bumi ini hanya sementara. Semuanya
akan kembali ke akhirat juga.
Seterusnya,
tidak lengkap berpantun sekiranya tidak melihat dan menilai gaya si pemantun
tersebut. Bahasa tubuh / gerak fizikal
memainkan peranan untuk menarik minat audiens mengikuti pantunnya. Di sampin ia
memberi gambaran bahawa si pemantun menghayati isi pantunnya.
Pantun itu
hendaklah juga dilontar dengan intonasi suara yang bersesuaian dengan tema dan
isi pantun. Pantun percintaan tentulah
intonasinya lebih beralun berbanding pantun patriotik.
Si pemantun
juga harus lancar menyampaikan pantunnya kepada pembeli / pendengar. Dan ditambah pula dengan sebutan baku untuk
memberi kesedapan pendengaran dan penghayatan pantun.
Penonton /
pendengar tentu tertarik jika pemantun menyampaikan pantunnya dengan gerak
tangan yang seimbang menandakan dia faham maksud pantun yang dijual /
dibelinya.
Jelingan dan
senyuman dizahirkan berdasarkan mood diksi yang terdapat di dalam pantun membantu sang pemantun melahirkan pantunnya dengan menarik kepada pendengar / penonton.
Untuk
menguasai kecekapan dan kelancaran berpantun tentulah sekali rujukan dan
latihan perlu dijalankan sepanjang masa.
Selamat berkarya!
No comments:
Post a Comment